Ditujukan kepada Kaum Adam..
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
 2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
 
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan  menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia  hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu  perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah  kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan  padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak  tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda  memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa  tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan  masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang  dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,  bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang  hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak  menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah  atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian  sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan,  sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia  letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang  sukar.
heeeeeeeeee..selamat mencuba!~ dan selamat berbahagia..
U GOT THE SMILE THAT ONLY HEAVAN CAN MAKE



 
